
Program kesihatan Typhoid@TY2 di Putrajaya Care, Presint 9 bagi memastikan semua penjaja dan pengendali makanan mematuhi keperluan kesihatan awam.

Program anjuran Hong Leong Bank di Royal Park Hotel @ UNITEN yang menekankan strategi kewangan dan peluang pinjaman mikro untuk peniaga kecil.

PENJAYA menghadiri mesyuarat tahunan GPPPKMM di Hotel Seri Malaysia, memberi peluang bertukar pandangan dengan persatuan penjaja seluruh negara.

Majlis Peluncuran Dashboard PENJAYA di Hotel Park Inn by Radisson, dengan kehadiran lebih 100 ahli sebagai langkah transformasi digital persatuan. Peluncuran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin Ketua, Perangkawan Malaysia.

Mesyuarat tahunan di Hotel Pulse Grande melibatkan pembentangan laporan dan pemilihan EXCO baharu sesi 2025–2027, dihadiri 54 ahli. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Bin Dato’ Hj. Abdul Majid.

Sesi libat urus di Jabatan Perangkaan Malaysia bagi memberi pandangan terhadap hasil bancian pertanian 2024.

PENJAYA menghadiri majlis peluncuran di MAEPS Serdang, menyokong inisiatif data nasional berkaitan sektor mikro dan penjaja.

Pertemuan dan kunjugngan rasmi di pejabat PPj membincangkan peluang kolaborasi dan pengurusan tapak niaga Putrajaya antara PENJAYA dan Perbadanan Putrajaya

Kehadiran Presiden dan EXCO di Majlis Perkahwinan anak kepada salah seoranh ahli PENJAYA di Embun Resort, tanda sokongan kebajikan ahli PENJAYA

Seminar Pembudayaan & Pemerkasaan Keusahawanan Penjaja dan Peniaga Kecil 2025 anjuran KUSKOP di Mercure Living Putrajaya, membincangkan dasar kerajaan terhadap penjaja dan peniaga kecil.

Presiden PENJAYA menghadiri mesyuarat Mesyuarat Majlis Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan dipengerusikan oleh YB Dato’ Ewon Benedick di Hotel Mercure Putrajaya.

Sesi Taklimat Bersama Wakil CGC (Credit Guarantee Corporation)di Tingkat Atas Medan Selera Presint 8 menjelaskan skim pembiayaan mikro untuk ahli PENJAYA,

PENJAYA telah turut serta dalam Program Teh Tarik anjuran Perbadanan Putrajaya. Program santai bersama PPj ini adalah untuk memperkukuh hubungan komuniti dan membincangkan isu peniaga kecil setempat.

Pembukaan Pejabat Urusan PENJAYA beralamat di No.9A, Jalan Seluang P8/7 (Bazaar@8), Presint 8, 62250 Putrajaya. Pejabat ini digunakan untuk mesyuarat, perjumpaan, menerima tetamu dan pelawat serta sebagai bilik gerakan/aktiviti. Selain itu ia juga dibuka untuk sewaan.

Perbincangan di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11 Putrajaya diantara Pihak Kesihatan Daerah dan PENJAYA mengenai pematuhan FOSIM dan kesihatan pengendali makanan bertempat di Pejabat Kesihatan Putrajaya.

Perjumpaan Bersama Wakil Persatuan & Peniaga Putrajaya bertujuan membincangkan cadangan penambahbaikan pengurusan tapak niaga khususnya di Putrajaya.

Kunjungan rasmi memperkenalkan kepimpinan baharu PENJAYA dan membincangkan kerjasama strategik.

Lawatan rasmi ke Kedah bagi menjalin hubungan dua hala dan berkongsi pengalaman pengurusan persatuan.

Wakil PENJAYA menghadiri mesyuarat penyelarasan di Kuala Lumpur sebagai persediaan sambutan Jubli Emas GPPPKMM

Delegasi PENJAYA memperkukuh hubungan dengan pihak keselamatan dan membincangkan kolaborasi keselamatan peniaga khususnya di Putrajaya.

PENJAYA turut meraikan ulang tahun ke-50 GPPPKMM di Dewan Matrade, Kuala Lumpur bersama ahli gabungan persatuan seluruh Malaysia yang turut diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Program latihan kemahiran niaga di Tingkat Atas Medan Selera Presint 8, menarik penyertaan ahli wanita dan usahawan makanan.

PENJAYA menghadiri forum di Khazanah Auditorium, Asia School of Business, membincangkan akses kewangan mikro, serta pendidikan kewangan,

Dengan penyertaan sebanyak 160 peserta, program ini dianjurkan oleh PPj bertujuan memperkukuh kompetensi premis makanan tempatan dalam aspek keselamatan, kebersihan dan status “Gred A”. Program ini menandakan kolaborasi strategik antara PENJAYA bersama PPj dan agensi kesihatan.

PENJAYA membuka 10 food truck semasa program anjuran PPPIKN di Putrajaya, menyokong program kebajikan masyarakat yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertempat di Institut Kanser Negara.

Lawatan rasmi PENJAYA ke Pulau Pinang adalah untuk membina kerjasama antara PENJAYA dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pulau Pinang. Disamping itu PENJAYA membincangkan pelan jaringan niaga rentas negeri antara Pulau Pinang dan Putrajaya.

Sempena Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2025 (HPPK25) yang berlangsung di Temerloh, Pahang, beberapa orang Ahli Jawatankuasa (EXCO) Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Putrajaya (PENJAYA) telah turut hadir memeriahkan program, di mana salah seorang ahli PENJAYA telah menerima Anugerah Penjaja Cemerlang mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya

Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Putrajaya (PENJAYA) telah dijemput menghadiri ASEAN-Malaysia Statistical Forum anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertempat di Dusit Princess, Melaka, bagi mewakili PENJAYA dan memperoleh maklumat serta statistik terkini berkaitan sektor perniagaan kecil dan penjaja di Malaysia.

Seramai 10 orang peniaga daripada ahli PENJAYA telah dijemput menyertai Lung Health Carnival anjuran IKN, Putrajaya

Pada 17 November 2025, PENJAYA menghadiri sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 di Kuala Lumpur anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bagi mendapatkan penerangan awal mengenai pelaksanaan banci, memberikan input berkaitan pengusaha dan penjaja kecil di Putrajaya, serta memahami kepentingan penyediaan data tepat untuk perancangan sektor perniagaan.

Pada 29 November 2025, PENJAYA telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kakatoo di Kakatoo Quill City Mall bagi menjalin kerjasama strategik dalam penyediaan platform dan peluang perniagaan kepada ahli PENJAYA.

Pada 3 Disember 2025 (Rabu), PENJAYA diwakili oleh Timbalan Presiden, YM Tengku Mohd Sharifudin bin Tengku Alias, serta beberapa wakil peniaga termasuk wakil foodtruck, menghadiri Taklimat Pelaksanaan Operasi Pertubuhan Mikro Banci Ekonomi 2026 yang diadakan di Jabatan Perangkaan Malaysia.

KEMAS telah menawarkan kepada PENJAYA untuk menyediakan penjaja pada Festival KEMAS 2025 (FESMA 2025), di mana seramai 48 peniaga termasuk 5 peniaga foodtruck yang juga ahli PENJAYA telah menyertai program tersebut.

Perbincangan serta cadangan pembangunan dan pelaksanaan pangkalan data ahli PENJAYA oleh Authenteqa Sdn Bhd melalui penggunaan platform maya.my, bertempat di pejabat PENJAYA, bagi meningkatkan kecekapan pengurusan data, integrasi maklumat, serta memastikan sistem yang lebih tersusun, selamat dan bersepadu.

📢 RUANG MESYUARAT UNTUK DISEWA
Sedang mencari ruang mesyuarat yang selesa & lengkap?
Kami sediakan ruang mesyuarat untuk:
✅ Mesyuarat
✅ Bengkel / Latihan
✅ Temuduga
✅ Perbincangan Projek
🔹 Kemudahan:
✔️ TV Screen
✔️ Whiteboard
✔️ Pendingin Hawa
✔️ Ruang Bersih & Selesa
📍 Lokasi: Bilik Mesyuarat Pejabat PENJAYA
💰 Harga: Serendah RM50 sahaja
⏰ Sewa secara jam / harian
📞 Hubungi:
011-1339 9122
PENJAYA (Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Putrajaya)
📩 Email: admin@penjaya.org
Tempahan terhad. Hubungi kami sekarang!
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.